Promosi

Tuesday, May 21, 2013

Makan Secara Sihat



Makanan yang sihat itu penting!! Ya.. sangat2 penting tau.. 

Kenapa? Sebab makanan adalah sumber utama tenaga untuk badan kita. Makanan yang baik adalah penentu tahap kesihatan kita.  Jom Tengok makanan yang berisiko dapat penyakit di Malaysia

1- Nasi Lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekaligus menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.

2- Roti Canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu. Seperti sedia tahu, ia juga mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan bagi menghilangkan kalori itu adalah ibarat berlari dalam tempoh 90 minit. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah mengandungi 630 kalori di dalamnya belum lagi ditambah dengan lauk yang lain.

3- Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya kecil dan nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu dua skop ais krim mengandungi 350 kalori. 

4- Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga mampu menjejaskan kesihatan kita kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Cuba tukar cara masakan anda dengan merebus ataupun bakar kerana ini mampu megurangkan kandungan lemak dan minyak yang terkandung dalam makanan tersebut.


5- Manis- Manisan seperti susu pekat manis, roti manis dan donat serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita bijak dan tahu mengawal kuantiti pengambilannya.

No comments:

Post a Comment