Promosi

Sunday, May 26, 2013

POPIA SIMPUL SERUNDING



Raya Makin Hampir....

Nak Pelbagaikan Jenis Kuih Raya anda untuk Raya Tahun Ini??

TEMPAHLAH SEKARANG

Popia Simpul Serunding


500 gram @ 1/2 Kg Hanya RM 20

Inti Serunding Pelbagai Pilihan... 
1) Ayam
2) Daging
3) Ikan
4) Ikan Bilis
5) Udang




Tempahan Melebihi 3kg akan diberikan harga istimewa.


Untuk Tempahan, Sila hubungi ( Call/Sms ) :-

012 - 9272224   Puan Nisa



Saturday, May 25, 2013

LEMANG Aidilfitri 2013 Dibuka Untuk Tempahan

FAKTA 

Lemang ialah makanan daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh.Untuk memasukkan beras pulut dan santan itu memerlukan kepakaran bagi memastikan isinya tidak tumpah bila buluh dibakar dan mengembang. Membakar lemang juga memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa berjam-jam lamanya kerana api tidak boleh terlalu besar dan menghanguskan lemang, atau lemang tidak masak dengan rata, jika bara api tidak sekata.

MAKA.. Serahkan pada yang PAKAR!!!

Tempah sekarang dan Lemang Raya akan Tiba dihadapan pintu anda..







Sebatang = RM 8

Pakej 10 Batang = RM 60 

Rendang PERCUMA

HUBUNGI :- 013 9491008 


* Tempahan dibuka untuk penduduk di sekitar Temerloh, Mentakab, Maran, Jerantut, Jengka, Lanchang, Karak, Kuala Lumpur, Puchong, Shah Alam, Petaling Jaya dan kawasan berdekatan. 

Tuesday, May 21, 2013

Resepi : Ayam Pandan




Bahan-bahan ( Sesuai untuk dimakan 3-4 orang)


* 1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
* 2 sb santan pekat (nak boleh, xnak pon xpe.. Santan ni memberikan rasa lemak dan manis)
* 1 sb madu
* garam, gula secukup rasa
* daun pandan


Cara-cara Membuatnya....


 * Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
 * Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, dan gula.
 * Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
 * Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
 * Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
 * Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
 * Siap bungkus, goreng hingga kuning Keemasan dgn api sederhana.

Makan Secara Sihat



Makanan yang sihat itu penting!! Ya.. sangat2 penting tau.. 

Kenapa? Sebab makanan adalah sumber utama tenaga untuk badan kita. Makanan yang baik adalah penentu tahap kesihatan kita.  Jom Tengok makanan yang berisiko dapat penyakit di Malaysia

1- Nasi Lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekaligus menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.

2- Roti Canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu. Seperti sedia tahu, ia juga mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan bagi menghilangkan kalori itu adalah ibarat berlari dalam tempoh 90 minit. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah mengandungi 630 kalori di dalamnya belum lagi ditambah dengan lauk yang lain.

3- Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya kecil dan nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu dua skop ais krim mengandungi 350 kalori. 

4- Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga mampu menjejaskan kesihatan kita kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Cuba tukar cara masakan anda dengan merebus ataupun bakar kerana ini mampu megurangkan kandungan lemak dan minyak yang terkandung dalam makanan tersebut.


5- Manis- Manisan seperti susu pekat manis, roti manis dan donat serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita bijak dan tahu mengawal kuantiti pengambilannya.

Monday, May 20, 2013

Resepi : Kek Batik



Bahan-bahan 

1 cawan mentega

1 cawan milo

1/2 cawan gula

2 biji telur

1 cawan air

1 paket biskut marie

Cara-cara nak buat 

 1- Pukul telur mentega sehingga kembang

 2- Sementara menunggu mentega kembang, masak milo, gula bersama air sehingga gula hancur

 3- Kemudian, campurkan mentega yang sudah dipukul tadi ke dalam milo tadi dan biarkan masak seketika

 4- Pecah biskut marie dan masukkan ke dalam periuk. padamkan api dapur dan kacau sebati

 5- Masukkan ke dalam loyang yang disapukan dengan mentega. tekan dan padatkan adunan. biarkan sejuk.      sedia untuk dihidangkan

Sunday, May 19, 2013

MAKANAN TERBAIK DUNIA



8 MAKANAN TERBAIK DUNIA

Pengenalan kepada 8 makanan terbaik dunia, dimana ada disebut didalam hadis dan al-Quran. Semoga mendapat manfaat dan kebaikan.

1. BUAH DELIMA
Firman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99
Antara Khasiat Delima :
*kaya dengan unsur zat besi.
*proses pembinaan darah merah. mengurangkan risiko
penyakit anemia.
*mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain. Buah delima
*mengandung potassium yang besar isipadunya,
*Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan *menjaga detak jantung agar tetap normal.
*meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur,
*mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah.
*Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.

2. KISMIS (ANGGUR KERING)
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Antara Khasiat Kismis:
*menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
*kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
*Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

3. BUAH KURMA
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"
Antara Khasiat Kurma:
*terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
*Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
*Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.
*makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

4. HABBATUS SAUDA (JINTAN HITAM)
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim
Antara Khasiat Makanan ini
*terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
*terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati)”. Hadith Sahih Bukhari Muslim.

5. ZA'FARAN
Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "
Antara Khasiat Makanan ini
*sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin)
*membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, *mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin.
*membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.

6. MADU
Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69
Antara Khasiat Makanan ini
*mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.
*Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega.
*Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).

7. BUAH ZAITUN
Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20
Antara Khasiat Makanan ini
*penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
*membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
*bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
*mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.

8. BUAH TIIN
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Antara Khasiat Makanan ini
*mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah
*pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.
*dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
*tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.