Resepi: Mee Kungfu
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 。200-300g isi ayam dipotong kecil dan dibersihkan
- 。4 ulas bawang putih diketuk
- 。1 inci halia diketuk
- 。sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
- 。2-3 biji cili api diketuk / dibelah 2 (kalau nak pedas)
- 。1 sudu besar sos tiram
- 。1 sudu besar kicap cair
- 。1 sudu besar tepung jagung (tepung gandum pon boleh) dibancuh dengan sedikit air
- 。air secukupnya
- 。garam secukup rasa
- 。Sayur-sayuran: sawi, lobak merah, jagung muda, bunga kobis, kobis, dsb
- 。3 bungkus mee kuning
- 。4-5 biji telur ayam (bergantung kepada saiz)
Cara-cara
- Bancuh telur dengan sedikit lada sulah dan garam. Masukkan mee dan gaul rata. Goreng mee (untuk 1 pinggan/orang makan) dalam kuali sehingga masak (jangan dicerai/hancurkan mee). Angkat dan letakkan dalam pinggan. Goreng habis mee yang lain. 1 demi 1. Tinggalkan sikit putih telur dalam 2-3 sudu besar.
- Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
- Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada hitam dan lada sulah, serta sedikit air. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
- Tambah garam jika kurang masin. Masukkan sedikit putih telur tadi dan gaul rata. Masukkan pula air bancuhan tepung dan didihkan sehingga sedikit pekat. Masukkan cili api dan sayur-sayuran. Biarkan seketika sehingga sayur sedikit layu. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Hidangkan panas-panas
No comments:
Post a Comment