Promosi

Tuesday, July 16, 2013

Resepi: Mee Kungfu



Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 。200-300g isi ayam dipotong kecil dan dibersihkan
  • 。4 ulas bawang putih diketuk
  • 。1 inci halia diketuk
  • 。sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
  • 。2-3 biji cili api diketuk / dibelah 2 (kalau nak pedas)
  • 。1 sudu besar sos tiram
  • 。1 sudu besar kicap cair
  • 。1 sudu besar tepung jagung (tepung gandum pon boleh) dibancuh dengan sedikit air
  • 。air secukupnya
  • 。garam secukup rasa
  • 。Sayur-sayuran: sawi, lobak merah, jagung muda, bunga kobis, kobis, dsb
  • 。3 bungkus mee kuning
  • 。4-5 biji telur ayam (bergantung kepada saiz)

Cara-cara

  1. Bancuh telur dengan sedikit lada sulah dan garam. Masukkan mee dan gaul rata. Goreng mee (untuk 1 pinggan/orang makan) dalam kuali sehingga masak (jangan dicerai/hancurkan mee). Angkat dan letakkan dalam pinggan. Goreng habis mee yang lain. 1 demi 1. Tinggalkan sikit putih telur dalam 2-3 sudu besar.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada hitam dan lada sulah, serta sedikit air. Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
  4. Tambah garam jika kurang masin. Masukkan sedikit putih telur tadi dan gaul rata. Masukkan pula air bancuhan tepung dan didihkan sehingga sedikit pekat. Masukkan cili api dan sayur-sayuran. Biarkan seketika sehingga sayur sedikit layu. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Hidangkan panas-panas

Tuesday, June 4, 2013

Resepi : Cheesecake

Sumber : google

Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese
200g sour cream/plain yogurt
30g butter
*40g gula halus
*20g susu pekat manis
*20g madu
2 biji telur kuning
1 biji telur
100ml fresh cream
50ml fresh milk
25g corn starch
1/2 biji lemon jus
1/2 biji kulit lemon
10 titik vanila oil

Cara-cara 

 1. Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
 2. Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. Resepi untuk cookies ini boleh rujuk di sini
 3. Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream. Masukkan bahan        yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
 4. Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
 5. Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> l      lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
 6. Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat            pada penapis.
 7. Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama        60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan      keras sendiri bila dah sejuk.
 8. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan      untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.
 9. Buah lemon.


Sunday, May 26, 2013

POPIA SIMPUL SERUNDING



Raya Makin Hampir....

Nak Pelbagaikan Jenis Kuih Raya anda untuk Raya Tahun Ini??

TEMPAHLAH SEKARANG

Popia Simpul Serunding


500 gram @ 1/2 Kg Hanya RM 20

Inti Serunding Pelbagai Pilihan... 
1) Ayam
2) Daging
3) Ikan
4) Ikan Bilis
5) Udang




Tempahan Melebihi 3kg akan diberikan harga istimewa.


Untuk Tempahan, Sila hubungi ( Call/Sms ) :-

012 - 9272224   Puan Nisa



Saturday, May 25, 2013

LEMANG Aidilfitri 2013 Dibuka Untuk Tempahan

FAKTA 

Lemang ialah makanan daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh.Untuk memasukkan beras pulut dan santan itu memerlukan kepakaran bagi memastikan isinya tidak tumpah bila buluh dibakar dan mengembang. Membakar lemang juga memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa berjam-jam lamanya kerana api tidak boleh terlalu besar dan menghanguskan lemang, atau lemang tidak masak dengan rata, jika bara api tidak sekata.

MAKA.. Serahkan pada yang PAKAR!!!

Tempah sekarang dan Lemang Raya akan Tiba dihadapan pintu anda..







Sebatang = RM 8

Pakej 10 Batang = RM 60 

Rendang PERCUMA

HUBUNGI :- 013 9491008 


* Tempahan dibuka untuk penduduk di sekitar Temerloh, Mentakab, Maran, Jerantut, Jengka, Lanchang, Karak, Kuala Lumpur, Puchong, Shah Alam, Petaling Jaya dan kawasan berdekatan. 

Tuesday, May 21, 2013

Resepi : Ayam Pandan




Bahan-bahan ( Sesuai untuk dimakan 3-4 orang)


* 1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
* 2 sb santan pekat (nak boleh, xnak pon xpe.. Santan ni memberikan rasa lemak dan manis)
* 1 sb madu
* garam, gula secukup rasa
* daun pandan


Cara-cara Membuatnya....


 * Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
 * Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, dan gula.
 * Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
 * Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
 * Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
 * Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
 * Siap bungkus, goreng hingga kuning Keemasan dgn api sederhana.

Makan Secara Sihat



Makanan yang sihat itu penting!! Ya.. sangat2 penting tau.. 

Kenapa? Sebab makanan adalah sumber utama tenaga untuk badan kita. Makanan yang baik adalah penentu tahap kesihatan kita.  Jom Tengok makanan yang berisiko dapat penyakit di Malaysia

1- Nasi Lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekaligus menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.

2- Roti Canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu. Seperti sedia tahu, ia juga mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan bagi menghilangkan kalori itu adalah ibarat berlari dalam tempoh 90 minit. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah mengandungi 630 kalori di dalamnya belum lagi ditambah dengan lauk yang lain.

3- Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya kecil dan nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu dua skop ais krim mengandungi 350 kalori. 

4- Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga mampu menjejaskan kesihatan kita kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Cuba tukar cara masakan anda dengan merebus ataupun bakar kerana ini mampu megurangkan kandungan lemak dan minyak yang terkandung dalam makanan tersebut.


5- Manis- Manisan seperti susu pekat manis, roti manis dan donat serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita bijak dan tahu mengawal kuantiti pengambilannya.